GKP Tambahan

Melalui pengumuman Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM), mereka memaklumkan individu yang belum menerima bayaran Geran Khas Prihatin (GKP) Tambahan di bawah Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) dinasihatkan membuat semakan status pembayaran.

Bagi mereka yang permohonan GKP Tambahan PERMAI mereka diluluskan tetapi berstatus GAGAL KREDIT, mereka perlu mengemaskini makluamt akaun bank mereka dengan segera.

Nota: Pengemaskinian akaun bank perlu dibuat mulai 5 Mei sehingga 19 Mei bagi membolehkan urusan pembayaran semula dapat dilakukan terhadap akaun bank mereka.

Semakan status dan kemaskini akaun bank perlu dibuat melelalui portal rasmi GKP iaitu https://gkp.hasil.gov.my


GKP Tambahan

GKP Tambahan PERMAI merupakan bantuan kewangan one-off yang diberikan kerajaan sebanyak RM1,000 kepada usahawan PKS (Perusahaan Kecil & Sederhana) dan Mikro di 12 negeri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuatkuasa pada bulan Januari dan Februari 2021 yang lalu.

Untuk negeri yang tidak terlibat dengan PKP pula, kerajaan memberikan bantuan kewangan one-off sebanyak RM500 kepada usahawan PKS (Perusahaan Kcil & Sederhana) dan Mikro yang layak di negeri tersebut.

Tujuan GKP

Tujuan utama GKP Tambahan PERMAI diberikan adalah untuk meringankan beban kewangan usahawan ekoran penularan wabak COVID-19 dan juga meningkatkan produktiviti usahawan PKS (Perusahaan Kcil & Sederhana) dan Mikro.


Syarat Kelayakan

Antara syarat kelayakan bagi usahawan untuk menerima GKP Tambahan PERMAI ialah:
  • Usahawan tersebut iaitu pemilik PKS (Perusahaan Kcil & Sederhana) dan Mikro merupakan warganegara Malaysia.
  • Usahawan tersebut masih giat menjalankan perniagaan dan perniagaan mereka masih belum tutup.
  • Jumlah jualan atau perolehan tahunan perniagaan mereka adalah kurang daripada RM300,000.
  • Jumlah pekerja sepenuh masa yang ada di dalam perniagaan mereka adalah tidak melebihi 5 orang dan tidak termasuk pemilik perniagaan.
Di samping itu, usahawan tersebut juga perlu berdaftar dengan beberapa agensi yang berkaitan iaitu:
  • Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020.
  • Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020.
Tatacara Membuat Semakan Status

Untuk membuat semakan status GKP Tambahan PERMAI, sila ikuti langkah-langkah seperti berikut:
  1. Layari portal rasmi GKP iaitu https://gkp.hasil.gov.my.
  2. Klik pada bahagian 'Log Masuk'.
  3. Masukkan no. kad pengenalan dan klik pada butang 'Semak'.
  4. Masukkan kata laluan.
  5. Klik profil dan kemaskini akaun bank.
Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai GKP Tambahan PERMAI, sila hubungi Hasil Careline di talian 03-8911 1000/603-8911 1100 (Luar Negara).